Monday, June 15, 2020

6.2 SISI EMPAT KITARAN

Selamat Sejahtera.

Untuk hari ini kita akan sambung ke topik 6.2 pula. Cikgu harap topik 6.1 masih segar diingatanlah. kalau ada yang dah lupa, boleh buka semula link blog untuk tajuk 6.1 ye. Make sure sentiasa ulangkaji supaya tak lupa konsep.

Ok, tajuk 6.2 ini adalah Sisi Empat Kitaran. Masih lagi melibatkan bulatan, yang mana sebuah segiempat ini terbentuk di dalam suatu bulatan.

6.2 - SISI EMPAT KITARAN 

Sisi empat kitaran adalah sisi empat dalam bulatan yang mana semua bucunya mesti terletak pada lilitan bulatan.

Mari kita tengok contoh.

Jawapan :
a i - PTSR bukan sisi empat kitaran sebab bucu P tidak terletak pada lilitan bulatan.
a ii - DGFE adalah sisi empat kitaran yang terbentuk hasil dari gabungan 2 buah segitiga
a iii - terdapat dua buat sisi empat kitaran iaitu KNPQ dan KLMN. semua bucu terletak pada lilitan bulatan
a iv - Terdapat satu sisi empat kitaran iaitu AEDB yang mana semua bucu terletak di lilitan bulatan.

HUBUNGAN SUDUT-SUDUT BAGI SISI EMPAT KITARAN

Apabila hasil tambah sudut bertentangan adalah 180 darjah, maka hasil tambah semua sudut padalaman bagi sisi empat kitaran adalah 360 darjah.

Mari kita lihat contoh,
Hasil tambah sudut bertentangan = 180

2x + 4x = 180
        6x = 180
          x = 30

4y + 5y = 180
        9y = 180
          y = 20

x + y = 30 + 20
x + y = 50

Bagi menguji kefahaman kamu, kita teruskan latihan dari buku teks:

Muka surat 146 Uji Minda 6.2b 
Soalan 1 (a, b dan c)
Soalan 2
Soalan 4

Hantar tugasan kepada cikgu setelah selesai ya. 

Selamat mencuba!


No comments:

Post a Comment