Monday, June 15, 2020

6.1 SUDUT PADA LILITAN DAN PUSAT BULATAN YANG DICANGKUM OLEH SUATU LENGKOK

Selamat Sejahtera semua. 

Cikgu doakan semua murid sihat sejahtera dan masih bersemangat untuk meneruskan PDP online kita. Cikgu akan bagi nota dan sedikit penerangan melalui blog ini. Sekiranya kamu mempunyai soalan dan memerlukan pertolongan, boleh terus hubungi cikgu di group matematik kelas masing-masing.

BAB 6 - SUDUT DAN TANGEN BAGI BULATAN 

Ok, sebelum kita mula kita imbas semula pengetahuan kamu untuk bab Bulatan yang telah kamu pelajari di tingkatan 2. Rujuk gambar dibawah dan boleh juga rujuk buku rujukan kamu.


Banyak lagi konsep yang telah kamu belajar di tingkatan 2. Untuk tajuk tingkatan 3 ini, kita akan fokus pada sudut-sudut yang terbentuk di dalam bulatan. 

Rajah di bawah menunjukkan ringkasan konsep yang akan kita pelajari dalam bab 6 ini.


6.1 SUDUT PADA LILITAN DAN PUSAT BULATAN YANG DICANGKUM OLEH SUATU LENGKOK

Sila perhatikan rajah dengan teliti. Kerana setiap rajah mempunyai ciri masing-masing.

Apa yang perlu kamu perhatikan bagi pembentukan sudut dalam bulatan ini ialah:
  • Panjang lengkok yang membentuk suatu sudut
  • Dimana terbentuknya sudut (sama ada di lilitan bulatan/di pusat bulatan)
  • saiz panjang lengkok
  • saiz sudut
  • pembentukan segitiga dalam bulatan
***terdapat rajah yang menggabungkan beberapa sudut dalam suatu bulatan. Kamu perlu perhatikan sama ada panjang lengkok pembentukan sudut tersebut berasingan atau bertindih. Lihat contoh di bawah.

Bertindih
Sudut 35 terbentuk dari panjang lengkok AB (kedua-dua sudut terbentuk pada lilitan bulatan)
Sudut z juga terbentuk dari panjang lengkok AB

z = 35


Berasingan
Panjang lengkok PQ dan SU sama besar, maka saiz sudut PRQ dan sudut STU juga sama besar.

Sudut PRQ = Sudut STU

Teruskan latihan uji kefahaman dari Buku Teks:

Muka surat 137 Uji Minda 6.1b
Soalan 1 (a, b, c dan d)

Muka surat 141 Uji Minda 6.1d
Soalan 1 (a, b, c dan d)

Jawab dalam buku latihan, ambil gambar dan hantar ke whatsapp cikgu untuk disemak. 

Selamat mencuba! 




No comments:

Post a Comment