Monday, June 15, 2020

SUBGRAF DAN POKOK

Selamat sejahtera semua.

Melalui post blog ini cikgu akan buat penerangan bertulis mengenai tajuk :

SUBGRAF DAN POKOK

Subgraf - sebahagian atau keseluruhan graf yang dilukis semula tanpa kita ubah kedudukan asal bucu dan tepi(sisi). 
Erti kata lain yang mudah difahami, satu rajah graf rangkaian (banyak gabungan sisi dan bucu) kita lukis semula kepada beberapa pecahan atau kita lukis semua tapi padanan sisi dan titik masih sama. 

Kita tengok contoh ye.

Graf rangkaian adalah dalam bulatan merah. 

Dari rajah di atas, sebuah graf rangkaian telah dipecahkan kepada 5 bahagian. Pecahan-pecahan ini yang kita sebut sebagai SUBGRAF.

Pokok suatu graf - subgraf yang mempunyai ciri-ciri berikut:
  • graf mudah tanpa gelung atau berbilang tepi 
  • semua bucu mesti berkait dan setiap pasangan bucu dikaitkan oleh satu tepi sahaja. (2 bucu digabung dengan satu tepi)

Kita tengok contoh yang melibatkan pokok bagi suatu graf pula.

Apabila kita hendak melukis pokok bagi suatu graf rangkaian, sila ikuti langkah berikut:
1. Kenalpasti bilangan bucu dalam graf rangkaian
2. pastikan tepi(sisi) dilukis dalam keadaan 2 titik digabung oleh satu tepi sahaja (tiada lukisan gelung)

Untuk penyelesaian soalan a (ii), rajah tersebut melibatkan 1 titik yang mempunyai 4 darjah (cabang), tetapi masih lagi dikira sebagai pokok sebab masih patuh ciri 2 titik digabung dengan satu tepi.
Sila bezakan tepi dan darjah dengan jelas ye.

Untuk mengukuhkan pemahaman kamu, sila jawab latihan berikut dalam buku latihan.

BUKU TEKS MUKA SURAT 142

Praktis Kendiri 5.1c
Soalan 2, 3 dan 4

Selamat Mencuba!


No comments:

Post a Comment